WELCOME TO KAMPUNG BUKIT LINTANG

WELCOME TO KAMPUNG BUKIT LINTANG

Sabtu, 10 Mei 2014

PERMATA KAMPUNG BUKIT LINTANG.






-Deen Hassan ketika memenangi  Anugerah Dokumentari Terbaik Malaysia 2011-




Nama: Deen B. Hassan.
Tarikh lahir: 14 April 1971
Status: Bujang
Pendidikan: 1. SK Laksamana Kota Tinggi
                   2. SM Tun Habab
                   3. ITM Terengganu 1990-1991 (Diploma in Banking)

Pencapaian:

1. Menulis skrip drama televisyen dan menjadi penolong pengarah skrip drama selepas bergraduasi di ITM.
2. Pernah tercalon untuk pencalonan Anugerah Skrin TV3 tahun 2000 bagi kategori Drama Terbaik dan       Skrip Terbaik.
3. Mula serius dalam bidang dokumentari sejak tahun 2010.




Misi kampung: Menyelamatkan tanah-tanah kampung daripada dibolot oleh syarikat-syarikat luar yang hanya mementingkan keuntungan peribadi.


Misi Industri: Mengharumkan nama kampung, negeri Johor dan Malaysia hingga ke persada dunia.


 Antara Misi Global: Menggunakan dokumentari untuk memberi mesej kepada masyarakat dunia daripada generasi kecil hingga tua untuk menyelamatkan dunia dari kesan pemanasan global dan perubahan cuaca  iklim dunia.


Kejayaan:

2011:

  • Dokumentari 'Pemburu kerbau liar' terbitan dan arahan Deen Hassan telah memenangi 3 anugerah termasuk anugerah dokumentari terbaik di Majlis Anugerah Dokumentari Terbaik Malaysia 2011 dan berjaya menewaskan dokumentari terbitan National Geographic.
2012: 
  • Karyawan anak Melayu Malaysia yang pertama terpilih untuk bekerjasama dengan stesyen TV Hokaido Jepun (HTB) untuk menerbit & mengarah dokumentari bertajuk "The Bornean Elephant Conservation" dan mendapat jumlah rating penonton TV tertinggi.
2013:
  • Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memberikan Anugerah Karyawan Antarabangsa kepada saudara Deen Hassan. Dokumentari "The Bornean Elephant Conservation" diberi penghargaan khas oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
2014:
  • Dokumentari "The Bornean Elephant Conservation" memenangi tempat kedua di Festival Anugerah Dokumentari Asean di Vietnam. Beliau bakal diberi kepercayaan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia untuk menulis skrip dan megarah dokumentari yang bertajuk " Malaysian Tiger In Bosnia". Satu penghargaan tertinggi buat Deen Hassan apabila diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia untuk menerbitkan dan mengarah dokumentari bertajuk "Dato' Meor Abdul Rahman - Lagenda Mahaguru Silat Seni Gayong" yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
  • Deen Hassan kini berusaha untuk mendapatkan dana penerbitan dokumentari bertajuk "Save The Bornean Elephant" iaitu penambahbaikkan daripada "The Bornean Elephant Conservation". Dokumentari ini berjaya dicalonkan di majlis anugerah UNESCO SULTAN QABOOS PRIZE yang akan diadakan di Paris pada 2015. Anugerah berprestij ini adalah tajaan UNESCO, United Nation dan Sultan Qaboos iiaitu Sultan negara Oman.

Anugerah - anugerah yang diperolehi:










Tiada ulasan:

Catat Ulasan