WELCOME TO KAMPUNG BUKIT LINTANG

WELCOME TO KAMPUNG BUKIT LINTANG

Jumaat, 9 Mei 2014

Berkenaan Kampung.

LATAR BELAKANG.


      Kg Bukit Lintang adalah salah satu daripada tiga buah kampung rangkaian yang terdapat di daerah Kota Tinggi dan diketuai oleh seorang ketua kampung yang bernama Encik Mohd. Nor Lawang. Terdapat lebih kurang 250 buah rumah dalam kampung ini yang terdiri daripada 100% bangsa Melayu. 



SEJARAH KAMPUNG BUKIT LINTANG.


     Kg Bukit Lintang diberi nama sempena kedudukan kampung ini yang dilintangi oleh Gunung Panti. Kampung ini, telah dibuka pada tahun 1890 oleh waris keturunan Raja Melewar, kerabat diraja Negeri Sembilan yang bernama Tengku Lajim Tengku Syed. Perkara ini hanya diketahui pada tahun 2007.


EKONOMI.


     Majoriti penduduk di Kampung Bukit Lintang terlibat dalam mengusahakan penanaman kelapa sawit manakala sebahagian yang lain menjalankan perniagaan dan bercucuk tanam.



TRADISI.


     Penduduk kampung bukit lintang kebiasaannya menangkap kerbau liar pada waktu malam sebelum mengadakan majlis keramaian dan bersama-sama memasak daging kerbau tersebut untuk dimakan sewaktu kenduri keramaian. Buat masa ini, terdapat 125 ekor kerbau liar yang berjaya dikenalpasti bilangannya oleh penduduk kampung setakat ini.







INFRASTRUKTUR.


Balairaya Kampung Bukit Lintang.





Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang.








Sekolah Agama Bukit Lintang





 

dan lain-lain lagi seperti:

- Balai Polis.
 - Balai Bomba.
- Pusat Kesihatan



Latar Belakang Sekolah:

Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor.
Tarikh ditubuhkan:
Nama pengetua semasa (2014):
Jumlah pelajar semasa (2014): 500 orang.



Program-program sekolah:

  1. Program Pro-ELPTS di mana guru dari United Kingdom iaitu Miss Karen mengajar pada kelas hari ahad.
  2. Program CIP (Community Involvement Programme) di mana pelajar luar negara dari Singapura, Korea dan Jepun datang membuat khidmat komuniti seperti melukis mural dan gotong royong.
  3. Kelas Bantuan Khas bagi pelajar-pelajar yang berkenaan. Kelas ini dikendalikan oleh dua orang guru dan seorang pembantu guru untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar tersebut seperti melakukan aktiviti kraftangan dan melibatkan diri dalam sukan. Guru-guru menggunakan alat bantuan mengajar seperti CD lagu dan membawa mereka ke muzium.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan