WELCOME TO KAMPUNG BUKIT LINTANG

WELCOME TO KAMPUNG BUKIT LINTANG

Sabtu, 10 Mei 2014

PERMATA KAMPUNG BUKIT LINTANG.






-Deen Hassan ketika memenangi  Anugerah Dokumentari Terbaik Malaysia 2011-




Nama: Deen B. Hassan.
Tarikh lahir: 14 April 1971
Status: Bujang
Pendidikan: 1. SK Laksamana Kota Tinggi
                   2. SM Tun Habab
                   3. ITM Terengganu 1990-1991 (Diploma in Banking)

Pencapaian:

1. Menulis skrip drama televisyen dan menjadi penolong pengarah skrip drama selepas bergraduasi di ITM.
2. Pernah tercalon untuk pencalonan Anugerah Skrin TV3 tahun 2000 bagi kategori Drama Terbaik dan       Skrip Terbaik.
3. Mula serius dalam bidang dokumentari sejak tahun 2010.




Misi kampung: Menyelamatkan tanah-tanah kampung daripada dibolot oleh syarikat-syarikat luar yang hanya mementingkan keuntungan peribadi.


Misi Industri: Mengharumkan nama kampung, negeri Johor dan Malaysia hingga ke persada dunia.


 Antara Misi Global: Menggunakan dokumentari untuk memberi mesej kepada masyarakat dunia daripada generasi kecil hingga tua untuk menyelamatkan dunia dari kesan pemanasan global dan perubahan cuaca  iklim dunia.


Kejayaan:

2011:

  • Dokumentari 'Pemburu kerbau liar' terbitan dan arahan Deen Hassan telah memenangi 3 anugerah termasuk anugerah dokumentari terbaik di Majlis Anugerah Dokumentari Terbaik Malaysia 2011 dan berjaya menewaskan dokumentari terbitan National Geographic.
2012: 
  • Karyawan anak Melayu Malaysia yang pertama terpilih untuk bekerjasama dengan stesyen TV Hokaido Jepun (HTB) untuk menerbit & mengarah dokumentari bertajuk "The Bornean Elephant Conservation" dan mendapat jumlah rating penonton TV tertinggi.
2013:
  • Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memberikan Anugerah Karyawan Antarabangsa kepada saudara Deen Hassan. Dokumentari "The Bornean Elephant Conservation" diberi penghargaan khas oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
2014:
  • Dokumentari "The Bornean Elephant Conservation" memenangi tempat kedua di Festival Anugerah Dokumentari Asean di Vietnam. Beliau bakal diberi kepercayaan oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia untuk menulis skrip dan megarah dokumentari yang bertajuk " Malaysian Tiger In Bosnia". Satu penghargaan tertinggi buat Deen Hassan apabila diberi kepercayaan oleh kerajaan Malaysia untuk menerbitkan dan mengarah dokumentari bertajuk "Dato' Meor Abdul Rahman - Lagenda Mahaguru Silat Seni Gayong" yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak.
  • Deen Hassan kini berusaha untuk mendapatkan dana penerbitan dokumentari bertajuk "Save The Bornean Elephant" iaitu penambahbaikkan daripada "The Bornean Elephant Conservation". Dokumentari ini berjaya dicalonkan di majlis anugerah UNESCO SULTAN QABOOS PRIZE yang akan diadakan di Paris pada 2015. Anugerah berprestij ini adalah tajaan UNESCO, United Nation dan Sultan Qaboos iiaitu Sultan negara Oman.

Anugerah - anugerah yang diperolehi:










PERMATA KAMPUNG BUKIT LINTANG.

PERMATA KAMPUNG




Nama: Prof. Dato' Dr. Mohd. Fauzi Hj. Ramlan.
Tarikh lahir: 15 Oktober 1960
Tempat lahir: Kota Tinggi, Johor.
Pendidikan:
1. SK Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor.
2. Sekolah Datuk Abdul Razak, (SDAR) Seremban.
3. Diploma Pertanian, Universiti Putra Malaysia, 1981.
4. Bachelor of Science (Agronomy) Lowa State University, 1983.
5. Master of Science Louisiana State University USA, 1985.
6. PhD Biology, University of York, UK, 1994.

Kerjaya:
1. 29 April 1986: Professor dalam bidang pertanian di UPM.
2. 1 Oktober 2006: Pengarah di bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. 16 Mei 2010: Kembali berkhidmat di UPM sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di UPM.
4. 1 Januari 2013: Naib Canselor UPM yang ke tujuh.

Sumbangan:

1. Menyediakan satu modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk digunakan sebagai modul utama untuk pelaksanaan pembangunan kemahiran insaniah pelajar-pelajar IPTA sehingga ke hari ini.
2. Komandan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) UPM, malah antara individu yang mengasaskan penubuhan SUKSIS.
3. Melaksanakan Key Performance Indicator (KPI) yang menggariskan pencapaian pegawai-pegawai universiti untuk pembangunan pelajar.
4. Memperkasakan institusi zakat dengan menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Majlis Agama Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor dengan UPM untuk membantu pelajar yang asnaf, fakir, miskin dan mualaf.






IKS



SHABIKA ABADI ENTERPRISE

Pengusaha 5
Nama Pengusaha: Hjh Siti Salmiah Ariffin
Produk & Harga: Kuih Siput RM 5.00 per balang
                                            RM 12.00/1kg
                           Popia Simpul: RM 5.00 per balang
                                                 RM 24/1kg
                           Popia Nestum: RM 5.00 per balang
                                                  RM 24/1kg
Alamat: Lot 1808, Jalan Lukut, Bukit Lintang, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
Tarikh Luput: 4 Bulan
Pasaran: Felda Sawari
Urusan Perniagaan sila hubungi: 019-7324773
                                                07-8835820

LUKUT SOYA ENTERPRISE

Pengusaha 4
Nama Pengusaha: Pn.Hajah Rohani Hj Hashim
Produk & Harga Pasaran: Air Soya RM 2.00 per plastik
                                                       RM 150.00 untuk tempahan kenduri
                                        Tau Fu Fa RM 2.00 per bekas
Alamat: No 1019, Lorong Sahabat, Kampung Lukut, 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
Tarikh Luput: Air Soya- 24 jam
                     Tau Fu Fa- 24 jam
Pasaran: Kota Tinggi
Urusan perniagaan sila hubungi: 019-7995073(Whatsapp)
Facebook: Chie''dot Pantera
Email: chiedot86@gmail.com

Jumaat, 9 Mei 2014

AN DZAN ENTERPRISE

Pengusaha 3
Nama Pengusaha: Pn.Nor Azizah Bt Mohd Nor
Produk & Harga Pasaran: Tart Nenas RM 18.00/50 biji
                                        Cheese Tart RM 35.00/50 biji
                                        Kek Coklat: RM 10.00/150 gram
                                                            RM 25.00/200 gram
                                        Biskut Dahlia: RM 15.00/50 biji
                                        Bangkit Cheese:  RM 15.00/50 biji
                                        Tart Gulung: RM 18.00/50 biji
Pasaran: Kota Tinggi
Urusan Perniagaan sila hubungi: 017-7033238

D'SHARS

Pengusaha2 
Nama Syarikat: D'SHARS
Pengusaha: Pn. Hawa Bt Hassan
Produk: Kerepek Ubi Pedas
Alamat: No.284,Jalan Lukut, Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
Harga: 50 gram: RM 9.00
           1kg: RM 17.00
           Bundle 10kg: RM 120.00
Tarikh Luput: 3 Bulan
Pasaran: Kota Tinggi, Tesco Sri Alam, Semenanjung dan Brunei
Urusan perniagaan sila hubungi: 017-7738851(Whatsapp)

DOMAZ

Pengusaha 1
Nama Syarikat: DOMAZ
Pengusaha: En Sadon Bin Dalek
Produk: 1) Siput Original
             2) Siput Sira
Alamat: No 332, lorong Hikmah , Kampung Lukut, 81900 Kota Tinggi, Johor
Harga : 50 gram -RM 1.00
            250 gram -RM 5.00
            1 kg- RM 20.00
Tarikh Luput: 6 bulan
Pasaran: Brunei, Singapura, Kuala Lumpur dan Johor
Urusan Perniagaan Sila Hubungi: 017-9941429
                                                  013-7717596




Homestay

                          
                          Coming Soon...

Berkenaan Kampung.

LATAR BELAKANG.


      Kg Bukit Lintang adalah salah satu daripada tiga buah kampung rangkaian yang terdapat di daerah Kota Tinggi dan diketuai oleh seorang ketua kampung yang bernama Encik Mohd. Nor Lawang. Terdapat lebih kurang 250 buah rumah dalam kampung ini yang terdiri daripada 100% bangsa Melayu. 



SEJARAH KAMPUNG BUKIT LINTANG.


     Kg Bukit Lintang diberi nama sempena kedudukan kampung ini yang dilintangi oleh Gunung Panti. Kampung ini, telah dibuka pada tahun 1890 oleh waris keturunan Raja Melewar, kerabat diraja Negeri Sembilan yang bernama Tengku Lajim Tengku Syed. Perkara ini hanya diketahui pada tahun 2007.


EKONOMI.


     Majoriti penduduk di Kampung Bukit Lintang terlibat dalam mengusahakan penanaman kelapa sawit manakala sebahagian yang lain menjalankan perniagaan dan bercucuk tanam.



TRADISI.


     Penduduk kampung bukit lintang kebiasaannya menangkap kerbau liar pada waktu malam sebelum mengadakan majlis keramaian dan bersama-sama memasak daging kerbau tersebut untuk dimakan sewaktu kenduri keramaian. Buat masa ini, terdapat 125 ekor kerbau liar yang berjaya dikenalpasti bilangannya oleh penduduk kampung setakat ini.







INFRASTRUKTUR.


Balairaya Kampung Bukit Lintang.





Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang.








Sekolah Agama Bukit Lintang





 

dan lain-lain lagi seperti:

- Balai Polis.
 - Balai Bomba.
- Pusat Kesihatan



Latar Belakang Sekolah:

Nama sekolah: Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor.
Tarikh ditubuhkan:
Nama pengetua semasa (2014):
Jumlah pelajar semasa (2014): 500 orang.



Program-program sekolah:

  1. Program Pro-ELPTS di mana guru dari United Kingdom iaitu Miss Karen mengajar pada kelas hari ahad.
  2. Program CIP (Community Involvement Programme) di mana pelajar luar negara dari Singapura, Korea dan Jepun datang membuat khidmat komuniti seperti melukis mural dan gotong royong.
  3. Kelas Bantuan Khas bagi pelajar-pelajar yang berkenaan. Kelas ini dikendalikan oleh dua orang guru dan seorang pembantu guru untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar tersebut seperti melakukan aktiviti kraftangan dan melibatkan diri dalam sukan. Guru-guru menggunakan alat bantuan mengajar seperti CD lagu dan membawa mereka ke muzium.








Rabu, 7 Mei 2014

Homestay Hj Ab.Ghani, Kampung Makam, Kota Tinggi

Homestay Hj Ab.Ghani terletak di Kampung Makam Kota Tinggi, Johor. Homestay ini menyediakan pelbagai  perkhidmatan penginapan sekiranya terdapat pelancong yang ingin menginap di Kota Tinggi. Homestay ini terletak lebih kurang 1km dari bandar Kota Tinggi. Disini kami ada menyertakan pakej-pakej yang ada di Homestay Hj Ab.Ghani.




Homestay Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi Johor

Homestay Kampung Temenin Baru terletak di Kota Tinggi Johor. Homestay ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penginapan, aktiviti dan sebagainya. Homestay ini juga boleh mengadakan pelbagai program yang anda inginkan seperti Program Anak Angkat. Disini kami menyertakan pakej-pakej yang ada di homestay ini dengan harga yang berpatutan.


LAWATAN 3 HARI 2 MALAM
Harga dewasa     RM 220/seorang
Harga pelajar      RM 190/seorang